Seorang pemimpin kanan Bersatu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk membantu siasatan agensi terbabit.
Bendahari Agung Bersatu Mohamed Salleh Bajuri kini berada dalam tahanan SPRM selepas pihak berkuasa terbabit mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk meremannya selama dua hari.
Penahanan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
"Dia ditahan semalam dan sekarang berada dalam reman selama dua hari,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Putrajaya.
Mohamed Salleh mempunyai latar belakang sebagai ahli korporat sejak beberapa dekad lalu.
Dia dilantik menjadi bendahari agung parti berkenaan pada 2016.
Terdahulu portal The Star Online - yang memetik sumber tidak didedahkan identitinya - mendakwa SPRM cuba memohon lanjutan tahanan reman Mohamed Salleh.
Sementara itu ketika dihubungi, sumber SPRM turut mengesahkan penahanan Mohamed Salleh namun dia tidak menjawab pertanyaan lanjut mengenai kemungkinan reman dilanjutkan.
Penangkapan reman Mohamed Salleh dibuat ketika Bersatu terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa, khususnya membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan.
Dia merupakan bekas ketua penerangan Bersatu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM siasat dakwaan Annuar berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin
- Tular dokumen dedah hampir semua pendapatan PPBM dari sumber ‘derma’ paksa – Sumber
- SPRM beku akaun bank Bersatu
- Beberapa pemimpin kanan Bersatu dipanggil SPRM, terbaharu semalam
- Bersatu mohon batal pembekuan akaun, tiada duit bayar gaji
- Jika Bersatu bersih sila jelaskan mengapa dalam masa singkat ada dana RM300 juta – Anwar
- Lagi akaun dibekukan, pemimpin kanan Bersatu dipanggil libatkan RM260 juta?
- Tak perlu takut disiasat SPRM jika bersih, Anwar beritahu Bersatu
- Peja akui BERSATU memang ada dapat sumbangan besar
- ‘Tiada parti boleh hidup sendiri, semua terima duit’, kata PAS
- PAS banyak duit, boleh bagi Bersatu – Nik Zawawi
- SPRM siasat jika RM50 juta untuk Bersatu masuk ke poket sendiri – Sumber
- SPRM tahan reman bendahari agung Bersatu
Join our Telegram Channel