Ramai sayang Abah kau masa PKP/Darurat, ya.
Menurut akaun terperinci yang didedahkan, hampir SEMUA pendapatan parti PPBM adalah dari sumber "derma".
PPBM lapor pendapatan RM148.1 juta bagi tahun 2021 tapi RM147.7 juta (99.7%) ialah dari "derma".
Ini pun jumlah yang diistyiharkan dalam akaun parti. Belum masuk lagi duit cash berpuluh-puluh juta dalam bilik tidur Midin seperti didedahkan Annuar Musa, ya.
Bermaksud PPBM yang setahun jagung tiada sumber pendapatan lain seperti UMNO yang sudah berpuluh tahun lama dan memiliki syarikat-syarikat tersenarai, pelaburan dan hartanah.
Paling lawak ialah apabila PPBM nak bandingkan kemewahan partinya dengan jumlah RM192 juta wang UMNO yang dibeku kerajaan PH (termasuk PPBM masa itu) pada tahun 2018 sebaik sahaja mereka menang PRU14.
Semua akaun UMNO dibeku selama 2 tahun sehingga UMNO menang dalam perbicaraan mahkamah beberapa kali.
Memandangkan faktor:
- beberapa kontraktor yang diberi projek secara rundingan terus telah memberi kenyataan kepada SPRM bahawa mereka dipaksa bayar "komisen" antara 3% hingga 5% kepada akaun parti; dan
- penyata akaun PPBM membuktikan bahawa mereka menerima jumlah derma yang amat besar bagi kedua-dua tahun 2020 dan 2021 ketika PN menjadi kerajaan.
Maka ada asas dan sebab munasabah untuk rampas dan bekukan akaun-akaun bank PPBM serta-merta sebagaimana mereka telah lakukkan ke atas parti UMNO ketika PPBM berada dalam kerajaan.
Biarlah parti PPBM naik turun mahkamah bertahun lamanya untuk minta kepulangan dana dan akaun bank serta bergelut dengan kemungkinan pendaftaran parti dibatal sebagaimana dikekanakan ke atas UMNO.
Jika PPBM nak bandingkan dana mereka dengan UMNO maka mereka perlu terima juga apa yang pernah dikenakan PPBM ke atas UMNO.
Ini baru adil.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM siasat dakwaan Annuar berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin
- SPRM buka kertas siasatan dana RM600b, PM ucap takziah pada Muhyiddin
- SPRM panggil Muhyiddin, Khairy, Zafrul bantu siasatan dana RM600b
- SPRM siasat dana RM92.5 bilion didakwa diseleweng pentadbiran Muhyiddin
- Tular dokumen dedah hampir semua pendapatan PPBM dari sumber ‘derma’ paksa – Sumber
- SPRM beku akaun bank Bersatu
- Beberapa pemimpin kanan Bersatu dipanggil SPRM, terbaharu semalam
- Bersatu mohon batal pembekuan akaun, tiada duit bayar gaji
- Jika Bersatu bersih sila jelaskan mengapa dalam masa singkat ada dana RM300 juta – Anwar
- Lagi akaun dibekukan, pemimpin kanan Bersatu dipanggil libatkan RM260 juta?
- Tak perlu takut disiasat SPRM jika bersih, Anwar beritahu Bersatu
- Peja akui BERSATU memang ada dapat sumbangan besar
- ‘Tiada parti boleh hidup sendiri, semua terima duit’, kata PAS
Join our Telegram Channel