Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok



PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 23 Mac 2023 (Khamis).

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023,” katanya sebentar tadi.


Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara hari ini. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram