Warga asing bayar RM50 pegang badan remaja perempuan



Ampang Jaya: Bayar RM50 selepas memeluk dan memegang badan remaja berusia 13 tahun.

Itu tindakan biadap seorang warga asing yang melakukan amang seksual terhadap remaja berkenaan di Jalan Kampung Fajar, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada jam 7 pagi, akhir Disember tahun lalu.


"Suspek yang juga penjual surat khabar datang ke rumah mangsa dan masuk ke bilik mangsa.

"Suspek kemudian memegang badan mangsa memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa. Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, susulan itu polis menahan lelaki warga asing berusia 48 tahun di sebuah rumah dekat sini, semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian.


"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya. − Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram