10 Exco baharu Kerajaan Perpaduan Melaka angkat sumpah, Sulaiman tidak tersenarai



MELAKA – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu selesai mengangkat sumpah di Seri Negeri di sini, sebentar tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Berikut merupakan senarai penuh Exco Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh:


1. DATUK SERI AB. RAUF YUSOH
Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

2. DATUK RAIS YASIN
Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

3. DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya


4. DR. MUHAMAD AKMAL SALEH
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

5. FAIRUL NIZAM ROSLAN
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

6. DATUK KALSOM NORDIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

7. VP. SHANMUGAM
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO

8. NGWE HEE SEM
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan


9. DATUK HAMEED MYTHEEN KUNJU BASHEER
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

10. SEAH SHOO CHIN (ADUN PH)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

11. DATUK RAHMAD MARIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

 

Join our Telegram Channel
Telegram