Aidilfitri: PMX umum tol percuma, diskaun barangan, saman trafik



Pengguna lebuh raya di negara ini akan menikmati perjalanan bebas tol dari 19 hingga 21 April, serta 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pelepasan istimewa itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini.

Kata Anwar pelepasan bayaran tol itu akan dilaksanakan ke atas semua jenis kenderaan yang menggunakan 33 lebuh raya di negara ini.


“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman,” katanya.

Dia turut menyatakan sejumlah bahan mentah diberi diskaun khas berasaskan kejayaan inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.

Turut dilaksanakan ialah diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini.


Semua saman polis itu, tambahnya, akan dikenakan kompaun RM50 saja. Bagaimanapun menurut ahli parlimen Tambun itu lagi, tawaran tersebut tidak terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun ini.

[Laporan lanjut menyusul]




Join our Telegram Channel
Telegram