Lelaki bujang kantoi intai isteri jiran dari belakang bilik mandi



GEORGETOWN - Seorang lelaki ditahan selepas mengintai jirannya yang juga isteri orang di sebuah rumah di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini pada pagi Isnin.

Lelaki yang belum berkahwin itu ditahan sepasukan polis Daerah Barat Daya di kawasan kampung tersebut selepas menerima laporan daripada suami mangsa.

Difahamkan, suspek dikatakan mengintai dari bahagian belakang bilik mandi wanita berkenaan dan perbuatannya itu dirakam oleh anak jiran mangsa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, perbuatan tersebut dikesan telah dilakukan beberapa kali oleh suspek.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing akan dilakukan nanti.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya pada Selasa. − Sinar


 

Join our Telegram Channel
Telegram