Lelaki, remaja ditahan lakukan seks dalam kereta siang Ramadan



JOHOR BAHRU – Pasangan yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan, baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada pukul 3.03 petang, 29 Mac lalu.

Menurut beliau, penahanan dibuat melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun.


“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” jelasnya.

Mohd. Sohaimi turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu tersebut di dalam sebuah kenderaan. − Kosmo


Join our Telegram Channel
Telegram