SERING kali terpalit kontroversi, nama penghibur versatil ini tidak pernah sunyi daripada menduduki carta sensasi dunia hiburan tanah air. Baik salah, jahat lagilah salah. Ada sahaja yang cuba menjentik emosinya.
Namun bagi Ifa Raziah, dia sudah lali dengan semua itu. Biarpun sering kali menjadi mangsa kecaman, dia menelan itu semua dengan niat untuk terus mencari rezeki. Dalam pada masa sama membantu rakan industri.
Namun ada pula yang mempersoal niat murni hatinya. Baik untuk apa jika tudung pun tidak pakai? Muat naik gambar video solat, namun aurat masih didedahkan?
Jawablah mendapatkan Ifa!
Sibuk nampaknya Ifa sekarang. Starvendor pun sampai 100 jam tanpa henti, bila agaknya mahu dengar lagu baharu atau menonton drama lakonan Ifa?
Itulah, perancangan memang ada. Saya memang teringin menghasilkan lagu baharu. Ramai juga peminat tertanya-tanya, sudah perlahan bersara dari dunia seni kah? Sebab, sibuk berniaga.
Tidaklah sampai tahap begitu, saya masih mencintai dunia hiburan. Cuma kekangan waktu sahaja membataskan.
Saya berniaga untuk bantu rakan-rakan artis lain juga, sama-sama cari rezeki.
Sebab itu, saya buka peluang berniaga di Starvendors. Mereka boleh mempromosikan produk keluaran mereka, terutama ketika mahu menyambut lebaran. Rezeki dikongsi bersama, itu niat saya.
Tetapi ada yang mempertikaikan penampilan Ifa. Niat untuk bantu orang lain itu sudah murni, tetapi masih berpakaian ketat dan tidak memakai tudung? Komen.
Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.
Tetapi segelintir netizen kita memang suka menghukum. Yang seksi, tak pakai tudung, semua jahat bagi segelintir mereka.
Siapa kita nak hukum manusia lain? Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan?
Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu.
Sebelum ini, bila Ifa muat naik gambar bertelekung, ada yang kecam kata Ifa menunjuk baik? Sehingga sekarang, ada sahaja perkara yang Ifa buat memancing kecaman dan kebencian mereka. Komen?
Saya tahu, perasaan suka itu memang tidak boleh dipaksa. Tetapi saya tak pernah suruh atau minta mereka suka saya. Saya tidak ada hak itu. Kalau nak suka, silakan. Tak suka, sila berundur.
Tak perlu pun nak mendoakan perkara buruk atas orang lain. Kita dapat apa? Ada yang persoalkan tentang niat dan keikhlasan. Anda Tuhankah? Malaikatkah?
Hanya Tuhan sahaja yang tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. Kita tidak ada kuasa untuk menentukan syurga neraka untuk orang lain. Saya sendiri tahu khilaf dan dosa.
Bagaimana Ifa berhadapan dengan mereka yang suka menyebarkan kebencian ini? Sakit hati?
Saya ini sudah lali tahu dengan semua kata-kata nista. Dah jadi makanan rutin pun ada.
Apa sahaja saya buat, ada yang mengata. Tidak berkecil hati langsung sebab saya tahu ada segelintir kita suka menghukum.
Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup.
Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya.
Benarkah Ifa sukar menerima teguran? Panas hati bila ada menegur?
Saya ini manusia biasa, yang ada salah silapnya. Saya terima teguran tetapi janganlah menghina.
Nak tegur secara baik, niat ikhlas saya terima. Saya boleh bersahabat dengan mereka.
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain. − Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Haneesya Hanee terima gangguan seksual gara-gara video bersenam dengan adik lelaki
- Fiza Halim nafi projek dalam toilet, tawar khidmat seks
- Netizen tegur Emma Maembong seksi sangat sampai nampak tempat tak sepatutnya
- 'Bukan laki kau pun yang tampar bontot aku!' – Ifa Raziah pertahan aksi goyang bontot
- SKMM siasat pengasas produk, selebriti isu aksi tampar bontot
- Pakai tudung 'confirm' masuk syurga ke? – Ifa Raziah
Join our Telegram Channel