Puasa batal, kena qadha, pentadbir masjid mohon maaf laung azan Maghrib awal



Yan: Pihak pentadbir Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan, di sini memohon maaf berikutan kesilapan laungan azan Maghrib yang dilakukan dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar, 30 Mac lalu.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir berkata, kesilapan itu disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.


Beliau berkata, jemaah masjid yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan itu untuk berbuka puasa, dimaklumkan puasa mereka terbatal pada hari berkenaan dan perlu diganti.

"Begitulah pandangan Jumhur Ulama' dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama' Hanbali menyatakan bahawa puasa itu batal dan wajib diqadha'," katanya dalam kenyataan rasmi masjid bertarikh 1 April lalu. − Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram