Remaja perempuan dipukul ibu angkat kerana mahu solat tarawih



AMPANG – Seorang remaja perempuan yang muntah, badan menggeletar, serta kesukaran bernafas semasa bertemu dengan guru kaunselingnya di sekolah berjaya membongkar penderitaannya yang sering dipukul oleh ibu angkatnya, yang juga merupakan seorang penyanyi sambilan tempatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 16 tahun itu datang ke bilik gurunya pada jam 8 pagi, Khamis lalu

Guru kaunseling yang terkejut melihat keadaan mangsa bertindak apa yang telah berlaku pelajar tersebut.


Pelajar berkenaan mendakwa telah dipukul ibunya dan diugut bunuh semasa berada di rumahnya yang terletak di Ukay Perdana, Ampang di sini.

“Guru kaunseling itu yang terkejut dan bimbang dengan nasib malang serta keselamatan mangsa tampil segera membuat laporan polis.

“Mangsa telah segera dirujuk ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan selepas keadaan fizikalnya yang lemah dan tidak bermaya,” katanya di sini.

Mohamad Farouk berkata, siasatan polis mendapati, mangsa dipukul selepas menyatakan  hasrat untuk bersolat tarawih di masjid namun tidak dipercayai oleh ibu angkatnya yang mengesyaki anaknya itu berbohong dan mahu keluar bertemu rakan lelaki.


Menurut, wanita tempatan berusia 46 tahun itu telah ditahan di sebuah kawasan pangsapuri di Ukay Perdana, semalam.

Menurutnya, semakan lanjut polis mendapati suspek seorang penyanyi sambilan dan memiliki satu rekod kesalahan jenayah lampau.

Ujian saringan yang air kencing mendapati wanita itu negatif dadah.

Wanita itu kini ditahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – MG



Join our Telegram Channel
Telegram