Wanita maut selepas makan apam balik, mulut berbuih



SEORANG wanita berusia 26 tahun maut selepas menikmati apam balik yang disyaki telah diracun.

Kejadian berlaku di Desa Ngimbangan, Kecamatan Mojosari, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di Indonesia, pada Isnin.

Kuih tersebut dibawa oleh seorang tetamu ke rumah sewa mangsa di Kampung Ngimbangan.


Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, dengan keadaan mulutnya berbuih.

Ketua Polis Daerah Mojosari, Kompol Kariono berkata, seorang wanita maut yang didakwa diracun di sebuah rumah sewa.

Racun itu didakwa dimasukkan ke dalam kuih apam balik yang dimakan mangsa.


"Mangsa disyaki telah diracun sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang menyebabkan kematian mangsa. − Kompas 



Join our Telegram Channel
Telegram