Tuduhan dera seksual, mental isteri: Saya jawab di mahkamah, kata Khalid Ismath



Selepas didakwa di mahkamah bulan lalu atas dakwaan mendera isteri, bekas aktivis Khalid Mohd Ismath berkata dia akan menjawab semua dakwaan itu di mahkamah bagi mengelak subjudis.

Dalam catatan Facebook petang ini, Khalid berkata dia memilih untuk membela diri terhadap semua dakwaan isterinya di mahkamah.

"Selanjutnya, saya juga menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk mengadili kes ini. Kes ini baru sahaja disebut buat kali pertama.


"Saya berharap agar semua pihak dapat menghormati proses mahkamah yang saya yakini dapat berlaku adil kepada saya," kata bekas aktivis pelajar itu.

Pada 11 Mei, dalam ciapan di Twitter, isteri Khalid mendakwa suaminya itu menderanya secara seksual dan mental sepanjang perkahwinan mereka, selain "mengganggu" rakan sekerÏjanya.

Keesokan harinya, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan bahawa Khalid telah didakwa di mahkamah bulan lepas dan kes itu masih belum selesai di mahkamah.

Dia menambah bahawa polis menerima laporan daripada isteri Khalid pada 15 April, dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


Dalam pada itu, Khalid mendedahkan dia menerima pelbagai ugutan sejak isterinya membuat dakwaan itu.

"Saya maafkan segala ugutan dan ancaman yang dibuat oleh mereka.

"Saya juga memohon ribuan kemaafan kepada mana-mana pihak yang selama ini telah berkecil hati dan tidak berpuas hati dengan tindakan dan kata-kata saya.

"Saya terima dengan hati terbuka segala sindiran dan kutukan tersebut. Semoga Allah SWT ampunkan kita semua," katanya. − Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram