KORONAVIRUS: Berita Palsu: Kenapa tindakan hanya kepada rakyat? – Najib



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama polis menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berumur 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor pada 4 petang semalam bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di Facebook pada 26 Jan lalu.

“Kandungan mengenai koronavirus itu didapati palsu. Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik berita palsu tersebut di Facebook.


Loading...


“MCMC dan polis mengambil serius perbuatan ini dan sedang giat mengesan 3 lagi suspek untuk membantu siasatan. Ini menunjukkan ketegasan kedua-dua pihak dalam memastikan tindakan sewajarnya dikenakan kepada mereka yang memulakan, berkongsi dan menyebarkan berita palsu melalui media sosial.”

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

“Tindakan tegas ini adalah salah satu usaha MCMC dan polis mengawal penyebaran berita tidak sahih mengenai koronavirus oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan negara dan ketenteraman awam.”


Loading...


Isnin lalu, MCMC dan polis memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin atau berita tidak sahih mengenai penularan koronavirus di Malaysia.

Katanya, penyebar khabar angin atau berita dengan niat hendak menimbulkan ketakutan awam boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam masa yang sama menyatakan kebimbangannya akan tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, perlu dibezakan antara mereka yang berniat jahat menyebarkan berita palsu dengan mereka yang hanya sekadar menyoal.

Beliau turut mempersoalkan mengapa tindakan hanya diambil terhadap rakyat namun tiada tindakan dikenakan terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang selama ini juga turut menyebarkan berita palsu.


Loading...


Memang saya setuju bahawa Rakyat Malaysia tak patut sebar berita palsu tentang Coronavirus.

Sekarang kerajaan PH beri amaran akan kenakan denda RM100,000 dan penjara setahun ke atas siapa yang sebar berita palsu.

Nak tanya juga, berapakah denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan untuk mereka yang sebar manifesto palsu?

Berapakah juga denda dan berapa tahun penjara yang akan dikenakan kepada mereka yang gunakan sijil palsu untuk menjadi menteri PH?

Dan apakah beza denda RM100,000 serta penjara satu tahun ini dengan akta berita palsu kerajaan BN lalu yang telah ditentang dan dimansuhkan PH? – Najib Razak


Loading...


Saya rasa ada perlunya kerajaan bezakan mereka yang berniat jahat menyebar berita palsu dengan mereka yang cuma menyoal kerana benar-benar bimbang.

Baru tadi, PDRM mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berjaya tahan beberapa orang atas tuduhan menyebar berita palsu.

Turut dilampirkan dalam kenyataan media PDRM adalah "bukti" tangkap layar posting-posting kenapa mereka ditangkap polis.

Yang terang-terang menipu seperti Menteri yang kata semua pelancong di Malaysia sihat pula tak ditangkap. https://twitter.com/msianinsight/status/1222090867697053698

Pagi ini, kerajaan umum 3 lagi pelancong disahkan positif Coronavirus dan sedang dirawat di Langkawi, Johor dan Wilayah Persekutuan - menjadikan jumlah pelancong yang dijangkit naik ke 7 orang. – Najib Razak


Loading...


Bukan sahaja Najib Razak, majorit rakyat ketika ini sudah sedia maklum akan berita palsu yang sentiasa dimainkan oleh Pakatan Harapan samada sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Namun kini yang menjadi mangsa adalah rakyat dan ironinya majoriti merekalah juga yang memilih Pakatan Harapan. – FMT/Cinca?


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram