Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dipindahkan ke HUKM



KANGAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis, Yussainie Yahya yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sejak Jumaat lepas telah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Yussainie bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya.

“Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

"Marilah kita semua berdoa agar kesihatan beliau (Yussainie) segera pulih dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Semalam Bernama melaporkan Yussainie, 41, rebah ketika mendapatkan rawatan susulan di HTF sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil. - SINAR/BERNAMA
Join our Telegram Channel
Telegram