500 ahli PKR Sungai Besar keluar parti



SUNGAI BESAR: Seramai 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan tindakan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kecewa dengan keputusan pemecatan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Loading...

Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Mohamad Fauzi Ahmad, berkata ahli parti yang selama ini memperjuangkan Anwar dibebaskan dari penjara kecewa dengan pemecatan dibuat Presiden PKR itu terhadap ahli dan kepimpinan parti berkenaan.

“Kami kecewa kerana beberapa ahli parti dan pimpinan PKR dipecat hingga berlaku perpecahan dalam parti ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loading...

Beliau berkata, keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan atau dipengaruhi pihak tertentu.

“Kami memutuskan tidak menyertai mana-mana parti dan akan terus bergerak bersama badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyampaikan aspirasi dan usaha kerajaan Persekutuan dan negeri kepada rakyat,” katanya.

Loading...

Mohamad Fauzi berkata, beliau yakin beberapa ahli PKR cabang akan melakukan tindakan sama disebabkan kekecewaan terhadap Anwar.

“Saya dimaklumkan beberapa cabang lain di negeri ini turut mengikut jejak sama keluar dari PKR,” katanya. – BHarian

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram