AMPANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin malam ini melahirkan rasa sedih apabila ada pihak tertentu masih memilih untuk turun ke jalanan biar pun Pakatan Harapan telah pun menjadi kerajaan.
Beliau juga menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai kegagalan pihak tersebut untuk bersikap sebagai kerajaan yang sedang memerintah.
Loading...
“Tidak mengapa. Ini ada dunia demokrasi, sesiapa pun boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
“Tetapi sedih untuk melihat walaupun kita telah menjadi kerajaan, kita masih lagi mahu turun ke jalanan.
“Nampaknya mereka masih lagi tidak boleh bersikap seperti kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui wartawan selepas sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarbangsa di sini, malam ini.
Loading...
Naib Presiden PKR itu ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Selayang yang juga Bendahari PKR William Leong ketika berucap dalam Program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform.
Willian berkata, sekarang adalah masa untuk menggunakan “pelan B” bagi memastikan presiden parti itu yang juga ahli Parlimen Port Dickson diangkat sebagai perdana menteri ke-8.
Loading...
“Ini masa untuk pelan B dijalankan. Suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan supaya kerajaan kembali kepada landasan.
“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya dalam program yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tak boleh jadi PM jika Dewan Rakyat tolak walau parti majoriti – Dr M
- Janji tetap janji, kata Dr Wan Azizah
- Usul undi percaya Dr Mahathir baguslah, kata Syed Saddiq
- Usul sokong PM akan gagal – Anwar Ibrahim
- Peralihan kuasa, kalau susah sangat bubar sahaja Parlimen – MPN
- Pelan B: Sedih, sudah jadi kerajaan masih mahu turun di jalanan – Zuraida
- 'Pelan B' jika Mahathir ingkar peralihan kuasa
Join our Telegram Channel