Agong panggil Speaker mengadap



KUALA LUMPUR, 28 Feb - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah buat kali kedua hari ini.

Mohamad Ariff sudah bertemu dengan Agong pagi ini tetapi dipanggil semula pada tengah hari.

Loading...

Dipercayai perjumpaan kedua ini adalah mengenai perkara yang berkaitan dengan penolakan cadangan persidangan di Dewan Rakyat Isnin ini.

Sumber mengesahkan mesyuarat kedua tetapi tidak menjelaskan lanjut.

Loading...

Ariff dipercayai ke Istana kira-kira jam 1.20 petang.

Pada tengah hari, Mohamad Ariff mengeluarkan kenyataan yang mengatakan permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan sidang khas Isnin ini telah ditolak dengan alasan ia tidak memenuhi syarat-syarat.

Loading...

Beliau berkata surat tersebut tidak memenuhi syarat Perintah Berdaftar Parlimen 11 (3), kerana tidak menyediakan pemberitahuan usu yanglengkap.

Speaker juga menyimpulkan bahawa mesyuarat itu hanya boleh diadakan setelah menerima perlantikan dari Yang di-Pertuan Agong mengenai proses pemilihan perdana menteri yang akan datang. – Terjemahan MalayMail

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...


Join our Telegram Channel
Telegram