Azmin, 4 anak hutang syarikat ibu bapa Haziq RM328,901



Empat anak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali kini digabungkan bersama bapanya sebagai defendan dalam kes saman agensi pelancongan yang memohon mahkamah untuk mendapatkan tuntutan bil tertunggak tiket penerbangan dan penginapan hotel yang tidak dibayar.

Pada 23 Januari, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan plaintif agensi pelancongan, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk menambah Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin sebagai defendan.

Loading...

Menurut salinan pindaan Writ Saman yang dilihat oleh Malaysiakini, Azmin, 55, kini disenaraikan sebagai defendan pertama; manakala anaknya, Farah Shazliyana, 29, Farah Afifah, 24, Farah Amira, 26, dan Mohamed Ameer Shazrin, 28, disenaraikan sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Writ yang dipinda itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Fong Yap & Gan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Feb lepas mengandungi perkataan "dipinda selaras dengan Perintah Mahkamah bertarikh 23 Januari 2020."

Menurut senarai kausa di laman kehakiman, tindakan undang-undang itu ditetapkan untuk pengurusan kes di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok, 18 Feb.

Loading...

Saman YHA tuntut hampir RM329,000

Pada 30 Disember tahun lalu, dilaporkan YHA telah memfailkan permohonan untuk memasukkan empat anak Azmin sebagai defendan dalam tindakan undang-undang tersebut.

Writ saman yang dipinda itu menyatakan plaintif YHA berhasrat mendapatkan bayaran RM328,901 daripada defendan pertama Azmin.

Loading...

Kertas kausa menyatakan sebagai alternatifnya, YHA memohon mahkamah mendapatkan perintah untuk Azmin membayar RM167,332, Farah Syazliyana membayar RM8,510, Farah Afifah membayar RM3,880, Farah Amira membayar RM6,400, dan Mohamed Ameer Shazrin membayar RM92,280, serta faedah daripada kesemua lima defendan.

Pada 5 Nov tahun lalu, dilaporkan YHA memfailkan saman terhadap Azmin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayar.

Dalam kenyataan tuntutannya yang dilihat Malaysiakini, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.

Loading...

Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.

Firma itu berkata ia telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Pada 14 Disember tahun lalu, Azmin memfailkan tuntutan balas melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamani, menyifatkan saman oleh agensi pelancongan itu mempunyai motif tersembunyi.

Loading...

Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Cybersecurity telah mengesahkan ketulenan video rakaman itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku di dalam video tersebut.

Tuntutan balas Azmin itu menyatakan saman oleh agensi pelancongan YHA Travels & Tours (M) Sdn Bhd itu mempunyai kaitan dengan "konspirasi" klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemfailan yang dibuat itu menyatakan bahawa pemegang saham majoriti YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah Yasmin Hanim Arbee dan suaminya Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi.

Loading...

Pasangan suami isteri itu disebut sebagai ibu bapa kepada seseorang bernama Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub. Mohd Haziq dikatakan merupakan individu yang ditahan dalam siasatan polis berhubung klip video seks.

Tuntutan balas itu juga menyatakan bahawa Yasmin dan Mohd Ayub mempunyai "hubungan yang sangat rapat" dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Dalam penyataan pembelaannya, Azmin juga berkata beliau mempunyai hubungan perniagaan bersahabat selama 20 tahun dengan agensi pelancongan itu yang memberikannya "kebebasan yang meluas untuk menyelesaikan sebarang jumlah yang terhutang".

Loading...

Azmin juga menyatakan jumlah yang dituntut oleh YHA adalah "tidak betul"

"Jumlah yang terhutang oleh defendan dan di mana plaintif adalah berhak kepada adalah jumlah sebanyak RM162,272," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata anak-anaknya yang berumur lebih daripada 20 tahun akan membayar jumlah yang dihutang sendiri. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram