KUALA LUMPUR – Akibat terlalu kerap mengulas dalam akaun Twitter mengenai kemelut politik semasa berikutan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi beberapa panduan kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad untuk menyelesaikan apa sahaja yang beliau tidak puas hati.
Pada hari ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dengan panjang panjang lebar meminta Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan pelbagai sebab mengapa beliau perlu melakukannya.
Loading...
Berikutan itu, Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO mencadangkan Khalid pergi berjumpa sendiri dengan Dr. Mahathir.
“Lid,orang Tak bercakap dgn pm dlm twitter lid..pergi la jumpa..,” katanya dalam ciapan Twitter bagi mengulas kenyataan Khalid yang mahukan Dr. Mahathir menyokong Anwar seperti mana bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah menyokong beliau sebelum ini.
Malah Annuar yang meminta Khalid bertenang berkata: “Relax Lid…rumah Tun dekat je,”. – MalaysiaGazette
Loading...
Loading...
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Tun M terima semula jawatan Pengerusi Bersatu
- Bersatu, Muafakat Nasional tubuh kerajaan Johor
- Muhyiddin sedia terima UMNO, saya tidak – Mahathir
- PPBM beri sokongan penuh Muhyiddin PM ke-8 walau terima UMNO
- BERSATU sah calon Muhyiddin PM kelapan
- Azmin, 9 MP sertai Bersatu
- BERSATU. PAS, UMNO gabung, 116 kerusi?
- Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin PM-8
Join our Telegram Channel