Masalah hari ini berpunca dari Tun M sendiri – Annuar Musa



KUALA LUMPUR – UMNO terguris dan tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir semalam.

Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun memahami masalah yang dilalui Mahathir ketika ini.

Malah kata beliau, semua masalah itu berpunca daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sendiri.


Loading...

“Walaupun kenyataan itu telah menghiris hati ahli UMNO tetapi kami meminta agar semua agar dapat bersabar, berlapang dada dan terus mempamerkan sifat yang baik dan berjiwa besar.

“UMNO telah diuji dengan pelbagai penganiayaan, kezaliman, fitnah dan sebagainya tetapi kepada Allah SWT kita berserah dan terus bersabar kerana Allah sentiasa orang sabar.

“Kepada YAB Tun, kami ahli UMN0 doakan kesihatan yang baik dan hati yang tenang. UMNO, Insya-Allah akan terus berjuang dengan tabah, sabar demi menegakkan kebenaran dan kebaikan untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya.


Loading...

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuaan Ketua-Ketua Bahagian UMNO bersama presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Semalam, Mahathir telah membuat kenyataan dalam perutusan khas berkaitan kemelut politik dan pemerintahan negara yang sedang hadapi yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Menerusi 18 kenyataan itu, para 11 dan 12 disentuh Mahathir menarik perhatian berikutan kenyataan yang menyebut kesannya jika Bersatu menyokong Pas dan UMNO maka parti-parti yang kalah yang akan menjadi kerajaan sendiri dan kerajaan akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.


Loading...

Mahathir turut berkata beliau sanggup menerima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain.

Namun kata beliau, UMNO akan sertai kerajaan campuran yang dirancangnya sebagai parti UMNO, jadi beliau terpaksa meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette


Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram