Orang Melaka mandi ke hari ni? – Najib



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebentar tadi membuat satu sindiran terhadap kerajaan negeri Melaka yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).

"Saya di Melaka sekarang. Aik. Ramai mengeluh pasal air tak ada. Mandi belum hari ni?" sindir Najib di facebook miliknya.


Loading...

Sindiran itu dibuat ketika lawatan beliau ke Sekolah Rendah Islam dan Madrasah Ar-Rahman di Solok Gaung, Melaka hari ini.

Catuan bekalan air secara berjadual telah dilaksanakan di Melaka bermula pada 29 Januari yang lalu melibatkan ketiga-tiga daerah di negeri itu yang menjejaskan sejumlah kira-kira 550,673 penduduk.


Loading...

Sebelum ini kerajaan negeri Melaka telah memberi jaminan bahawa negeri itu tidak akan berdepan situasi ‘kehabisan air’.

Malah tegas Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abd Wahab, derita yang ditanggung ribuan penduduk ekoran terputus bekalan air yang semakin meruncing itu juga bukan satu ‘krisis’ dan hanya gangguan bekalan sementara, katanya.


Loading...

Melaka dicatatkan antara negeri paling kering di Malaysia, namun sudah lebih 30 tahun negeri itu tidak pernah mengalami masalah air sehinggalah ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Menurut Najib lagi, masalah ketiadaan air ini turut menganggu aktiviti keagamaan di Melaka. – Cinca?

Loading...

Saya di Melaka sekarang.

Aik. Ramai mengeluh pasal air tak ada.

Mandi belum hari ni?

Ish ish. Bukan kerajaan negeri Melaka PH berwibawa?

Saya singgah di Sekolah Rendah Islam dan Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaung.

Alhamdulillah. Diberi taklimat mengenai pengajaran dan pembelajaran di sini.

Semoga dapat terus melahirkan anak-anak yang berilmu dan berakhlak mulia.

Tapi tu la, masalah ketiadaan air ni mengganggu juga aktiviti agama di sini. – Najib



Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram