Putra lapor polis salah guna kuasa Tommy Thomas



Satu lagi laporan polis terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul oleh seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, 43, malam tadi.

Laporan itu dibuat bagi menangkap dan menyiasat Tommy yang menggugurkan dan melepaskan secara salah kesemua 12 militan HARIMAU Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.


Loading...

Khairul yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak pihak polis untuk menangkap dan menyiasat konspirasi jahat Tommy bersama dengan peguam-peguambela yang membela militan LTTE seperti Ram Karpal Singh, Rayen Rayer dan lain-lain.

Laporan polis itu juga dibuat kerana bimbang bekas peguam negara itu akan melarikan diri ke luar negara bagi mengelak tindakan undang-undang diambil ke atasnya.


Loading...

Menurut Khairul, laporan polis ke atas Tommy pada malam ini hanya permulaan berkisar kepada kes LTTE sahaja.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan hadir dan menyenaraikan setiap salahlaku yang pernah dilakukan oleh bekas peguam negara itu bagi tindakan susulan pihak berkuasa. – Cinca


Loading...


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI:

Join our Telegram Channel
Telegram