Rakaman buruh Indonesia, rakan terperangkap bawah kondominium runtuh tular



Terkini, satu kejadian bangunan runtuh dilaporkan berlaku di sekitar Taman Desa Coalition, Jalan Klang Lama sebentar tadi.

Menurut satu laman Facebook bernama EdgeProp Malaysia, bangunan yang dilaporkan runtuh itu adalah merupakan sebuah projek pembinaan kondominium yang sedang disiapkan.

Loading...

Menurut Bernama, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang hari ini. Gambar yang disiarkan menunjukkan sebahagian struktur bangunan itu terjejas susulan daripada insiden berkenaan.

Tambah Bernama, setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Loading...

Melalui perkongsian lain di halaman EdgeProp Malaysia, sebuah video menunjukkan terdapat pekerja yang sedang terperangkap susulan daripada insiden itu dimuat naik melalui laman Twitternya.

Menurut seorang lelaki yang dipercayai pekerja di dalam video tersebut, didakwa kira-kira 7 orang sedang terperangkap dalam runtuhan itu.

Loading...

Sehingga ini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian. – EdgeProp Malaysia/Bernama


Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram