Drama Band kemalangan, lebih ramai mengutuk dari bersimpati



MALANG tak berbau apabila beberapa orang ahli kumpulan Drama Band iaitu Aepul, Daus, Padel dan seorang pekerja mereka terlibat dalam kemalangan kereta kira-kira pukul 1.30 pagi, Ahad di Penang.

Menurut vokalis kumpulan, Aepul Roza, kereta mereka mengalami kerosakan sepenuhnya (total loss) selepas dilanggar pemandu kereta Vios yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Aepul juga berkata pemandu tersebut bersama teman wanitanya melarikan diri dengan meninggalkan kereta mereka di lokasi kejadian.


Loading...

Sebelum ini Drama Band telah menghina bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan gimik persembahan yang keterlaluan di Anugerah Juara Lagu (AJL) 34.

Persembahan mereka dikecam oleh netizen dan rata-rata kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati bekas perdana menteri yang mana sebelum ini telah membantu mereka dengan job SL1M ketika Barisan Nasional memerintah.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Band dikecam hina Najib, Rosmah



“Dahsyat kesan sumpah mubahalah DSN. Bukan saja KERAjaan PH bungkus. Kumpulan artis yang malukan beliau pun accident. Jangan main-main dengan doa orang dizalimi.” – Nabeel Naqie



Sementara itu hantaran perkongsian tentang kemalangan di salah seorang anggota kumpulan Drama Band itu dihujani dengan komen-komen netizen yang mengutuk dan mengecam, hanya segelintir yang bersimpati.

Kebanyakannya masih mengungkit kebiadapan kumpulan itu menghina Ahli Parlimen Pekan yang kini lebih terkenal dengan julukan Bossku.

Nik II: “Kita taknak ketawakan musibah yang berlaku pada orang lain... Tapi, Sekurang-kurangnya Drama BAND dan pihak2 tertentu boleh ambil ikhtibar dengan kejadian ini. Kalau tak mampu nak mohon maaf pada dsn, at least bertaubat, jangan buat lagi”


Loading...

Karmila Sofi Syg: “Lain Kali jgn Hina orang .apatah lg pada yg bnyk jasa. Balasan Allah TU pelbagai.muhasabah diri .termasuk saya jugak.”

Swandy Wenker: “Kena sumpah laknat kan? Biar beringat sikit... Masa kau suka sangat ko megah... Kau tak fikir perasaan orang lain.. Sekarang rasa in saf tak?”

Mohd Yazid Ibrahim: “Takziah Joker2 sekalian.. Tapi ini betul2 ke atau sekadar DRAMA??  Kifarah mengaibkan orang bulan lepas..”

– Mstar/Cinca




Join our Telegram Channel
Telegram