Isu air perlu diselesaikan segera – Ketua Menteri Melaka



AYER KEROH: Isu air yang membelenggu negeri Melaka sejak sebulan lalu akan diselesaikan dalam kadar segera.

Menurut Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Sulaiman Md Ali, beliau akan bertemu dengan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka pada Selasa untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi badan itu.

Loading...

"Esok saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan mesti mendapat penjelasan dahulu daripada syarikat air yang menjaga air.

"Biar mereka memberikan sedikit permasalahan sebenar lepas itu saya akan ambil tindakan segera dan munasabah yang mungkin," katanya dalam sidang media selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri pada Isnin.

Loading...

Terdahulu, Sulaiman mengangkat sumpah dihadapan Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 disaksikan 17 Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan Perikatan Nasional (GPN) Melaka.

Catuan air di negeri Melaka bermula sejak Januari lalu akibat Monsun Timur Laut membabitkan lebih setengah juta akaun pengguna. – AstroAwani

Loading...

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram