Kilang Honda diserang Covid-19 masih dalam siasatan



JABATAN Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan kononnya terdapat kes positif Covid-19 di sebuah kawasan kilang kereta di Alor Gajah, di Melaka seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, gambar yang tular membabitkan petugas perubatan memakai pakaian perlindungan di perkarangan kawasan kilang berkenaan dianggap sebagai prosedur biasa.

Loading...

“Merujuk kepada satu berita tular yang disebarkan melalui WhatsApp, Jabatan Kesihatan Negeri ingin menjelaskan bahawa kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Gambar yang tular mengenai kes di kilang Honda Melaka itu adalah prosedur operasi standard bagi siasatan kes, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan. .

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri itu boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka bagi mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung Covid-19.

Loading...

“Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Melaka di talian 06-2345 999 atau melalui e-mel: cprcmelaka@moh.gov.my,” katanya.

Semalam, tular sekeping gambar kelihatan beberapa petugas perubatan memakai pakaian perlindungan bersama beberapa pekerja kilang yang turut memakai topeng muka di kilang berkenaan. – HMetro



Join our Telegram Channel
Telegram