Orang Melaka tenang, tiada pembelian panik



PENDUDUK Melaka masih meneruskan pembelian keperluan harian seperti biasa walaupun wabak Covid-19 menimbulkan situasi panik di sesetengah tempat.

Tinjauan di sebuah pasar raya di Cheng hari ini mendapati kaunter bayaran dikerumuni orang ramai yang membeli keperluan asas barang dapur masing -masing.

Bagi Minah Temat, 58, berkata, dia membeli untuk keperluan mencukupi bagi tempoh seminggu berdasarkan keadaan semasa yang agak membimbangkan menerusi penularan wabak Covid-19.

Loading...

Katanya, ia bagi memastikan dalam tempoh seminggu itu dia tidak keluar beli-belah kerana dibimbangi sesuatu yang tidak diingini berlaku dan mengikuti semua nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan (tujuh hari) dia berharap keadaan kembali terkawal bagi membolehkannya kembali semula ke pasar raya mendapatkan barangan keperluan.

“Saya tidak melakukan pembelian panik dengan membeli sejumlah besar produk atau keperluan yang luar biasa sama ada jangkaan wabak ini terus menyerang atau kembali reda.

“Saya jangka dengan langkah pencegahan berkesan dilakukan kerajaan dan agensinya serta semua pihak keadaan mampu pulih, justeru peningkatan atau kekurangan harga yang besar mampu dikawal,” katanya.

Loading...

Menurutnya, dia yakin rakyat negara ini tidak melakukan pembelian panik yang boleh menyebabkan peningkatan harga yang mendadak.

Bagi Rosli Samad, 64, pula berkata, peranan individu menjaga kebersihan diri, berhati-hati dengan persekitaran dan pergaulan mampu menangani dan mencegah penyebaran Covid-19.

Menurutnya, dia juga lega apabila mendapati stok barangan keperluan dan makanan di Melaka masih mencukupi. – HMetro

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram