Covid-19: Orang ramai mula membanjiri balai polis



Orang ramai mula membanjiri beberapa balai polis sejak pengumuman sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa pada malam ini.

Antara balai polis yang terlibat yang dikongsikan oleh netizen adalah balai polis Sg Besi, Seksyen 6 Shah Alam, Serdang dan Tg Malim.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.


Loading...

“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan pergerakan mereka kepada polis.

“Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.

“Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.


Loading...

Hamid berkata, mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

“Borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

“Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja,” katanya.

Kejadian ini mendapat perhatian netizen yang prihatin, Iqbal Khalid di mana orang ramai tidak perlu pun bersesak ke balai polis untuk mengambil borang atau menghantar borang.KEL

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan keluar antara negeri berkuat kuasa malam ini

Menurut Iqbal, perkara itu boleh dilakukan secara online sekaligus boleh mengurangkan kesesakan dan boleh mengelak dari terkena jangkitan wabak.

“Kalau keluarkan arahan tu biasa la jelas dan meluas. tak perlu lah org ramai sampai nak beratur panjang kat balai polis. Bukan kah ini salah satu sebab penularan wabak Covid 19?

“Panduan ringkas utk info anda semua. Download Apps Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di App Store or Playstore.

“Isi borang dan tekan send. Anda akan menerima No Rujukan untuk permohonan tersebut.” katanya  – Mkini/Cinca


Please subscribe












Join our Telegram Channel
Telegram