Pengerusi PTPTN dedah susah bekerja dengan menteri PH



Pengerusi PTPTN dedah kepayahan bekerja dengan pemimpin PH

Wan Saiful berkata, PTPTN sukar menjalankan tugas kerana para menteri PH kerap bertekak, dengan parti saling berbalah antara satu sama lain - menunjukkan kerajaan tiada arah.


Loading...

"Ada di kalangan mereka yang mahu memberi komen tentang segala-galanya, bercakap kepada media atau membuat kiriman di media sosial sebelum membincangkan hal tersebut dengan parti dan rakan pakatan lain," katanya.

Beliau membawa contoh, pada penghujung 2018, apabila PTPTN mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung skim pembayaran pinjaman, ada menteri yang bercakap mengenainya di media sosial.


Loading...

"Sebelum disampaikan kepada PTPTN, menteri itu bercakap mengenainya di media sosial.

"Ini menyebabkan perkara menjadi lebih berkecamuk. Tiada masalah jika berkomentar tentang dasar cadangan, tetapi sebagai Anggota Pentadbiran (menteri), sepatutnya berkomunikasi secara dalaman," kata beliau. Rujuk di sini.


Loading...

Siapa menteri yang dimaksudkan?

Secara kebetulan pada penghujung 2018, adakah Syed Saddiq yang dimaksudkan? Rujuk di sini.

Sumber: KorekKorek

Loading...


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram