Tun M: Rasa pedih ditikam



TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui berasa pedih dengan tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menikamnya dari belakang.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak menyangka Muhyiddin yang juga rakannya sanggup bekerjasama bersama dengan Umno dan Pas semata-mata mahu diangkat menjadi Perdana Menteri.

Loading...

“Beliau (Muhyiddin) ajak saya keluar Pakatan Harapan (PH) untuk dirikan kerajaan kononnya untuk orang Melayu dan bekerjasama bersama Umno dan PAS.

“Saya beritahu Muhyiddin janganlah bekerjasama dengan Najib (Datuk Seri Najib Razak), tetapi Muhyiddin sanggup bekerjasama dengan mereka, saya tidak mahu, tetapi itu alam politik, macam-macam boleh jadi,” katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di Dewan Wawasan Jitra, di Jitra, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Loading...

Dr Mahathir berkata, beliau boleh bekerjasama bersama PAS, tetapi untuk menerima Umno dan Najib adalah sukar baginya.

“Kami dahulu masa mula tubuhkan Bersatu ada cipta lagu yang rangkapnya ‘bercerai kita roboh, bersatu kita teguh’ dan yang cerai sebenarnya adalah Muhyiddin.

Loading...

“Negara sekarang hadapi cabaran ekonomi dan koronavirus (Covid-19), sepatutnya kita tidak berpolitik, tetapi fikir hadapi cabaran ini,” katanya.

Sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mahathir adalah seorang pemimpin negara yang suka bergaduh.

"Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

Loading...

"Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul.

"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO" kata beliau.

Loading...

Sejarah telah melakarkan bahawa Mahathir juga pernah bergaduh dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terjadinya demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998 yang menyebabkan orang Melayu berpecah.

Seperti yang telah diketahui, Mahathir juga bergaduh dengan Najib Razak disebabkan permintaannya tidak dituruti. Dengan menubuhkan parti Bersatu beliau berpakat dengan parti DAP yang menjadi musuh tradisinya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Loading...

Terbaru, Mahathir telah mengisytiharkan perang terhadap Muhyiddin kerana tidak dipilih menjadi Perdana Menteri ke-8 setelah meletakkan jawatan pada 24 Februari yang lalu

Dengan segala pengkhianatan yang Mahathir telah lakukan selama penglibatannya di dalam dunia politik, tidak mustahil perkara itu akhirnya hari ini kembali kepadanya. Bak kata orang putih, “what goes around comes around”. – HMetro/AstroAwani/Cinca?

Loading...


Please subscribe



Please subscribe

Loading...


Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram