Cara mohon Pendaftaran Permohonan Bergerak Antara Negeri bermula 26 April



[KEMASKINI - 10:21AM] Adakah anda berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ingin pulang ke rumah atas urusan kerja dan sebagainya?

Sekiranya ya, berikut adalah perkongsian terkini berkaitan permohonan pergerakan antara negeri yang kini berada dalam kajian awal pihak berkuasa.

Untuk makluman, perkara ini masih dalam kajian awal. Menurut kenyataan Menteri Kanan (Senior Minister – Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika dilaksana sekalipun, ia akan bermula selepas 1 Mei 2020.

Permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia boleh dibuat bermula esok 26 April 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka juga perlu mengemaskini permohonan pada 29 April bagi mengesahkan destinasi perjalanan.


Loading...

Aplikasi Gerak Malaysia

Gerak Malaysia merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing.

Ia dapat membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung.

Selain itu, ia juga dapat menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon dan memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.


Loading...

Maklumat Pendaftaran Permohonan Bergerak Antara Negeri

Bagi peringkat awal bermula 26 April 2020, pemohon perlu mendaftar dengan memberikan butir-butir:
  • Nama
  • Jumlah ahli keluarga yang turut sama dalam pergerakan
  • Lokasi atau tempat yang ditujui
  • Kampung atau kawasan asal sebelum pergerakan
  • Status zon yang didiami sama ada zon merah, hijau dan sebagainya

Permohonan pergerakan antara negeri boleh dipohon secara online melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Bagi sesiapa yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya. Permohonan pergerakan antara negeri boleh dibuat di balai polis/ ketua polis berhampiran (nearest police station). Tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis berlaku.


Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia App

Anda boleh memuat turun aplikasi mengikut sistem telefon pintar anda sama ada Android atau ios pada pautan di bawah:

Google Playstore Appstore


Semoga perkongsian untuk permohonan pergerakan antara negeri melalui aplikasi dan manual dapat membantu anda yang terkesan. Bersama-sama kita berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam melawan penularan wabak COVID-19 ini.















Join our Telegram Channel
Telegram