
TOKYO, 7 April -- Perdana Menteri Shinzo Abe pada Selasa mengumumkan darurat selama sebulan di tujuh bandar raya di Jepun, susulan penularan COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Abe, darurat dikuatkuasakan di Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes COVID-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh. – Bernama
Join our Telegram Channel