Dr Musa fitnah KKM, frontliner mati sebab tak cukup PPE



PUTRAJAYA: Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Kesihatan berhubung kematian seorang jururawat di Muar, yang didakwa dijangkiti Covid-19 akibat alat perlindungan diri (PPE) tidak mencukupi.

Dr Jemilah berkata, ketika kerajaan dan Kementerian Kesihatan menerima pujian kerana tegas dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah pendekatan dalam penjagaan kesihatan, masih ada umat Islam yang membuat tuduhan tanpa memeriksa fakta sebenar pada hari pertama Ramadan.

Beliau merujuk kenyataan seorang pakar pediatrik sebuah hospital swasta yang mendakwa kematian jururawat akibat Covid-19 itu berpunca daripada kekurangan PPE.


Loading...

Dr Jemilah berkata, beliau seorang yang neutral walaupun sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin..

Katanya, beliau menghadiri mesyuarat setiap hari bagi mengkaji jumlah dan statistik, kisah barisan hadapan dan perincian bagi setiap kematian akibat virus itu.

Dr Jemilah menjelaskan, jururawat berkenaan dijangkiti Covid-19 daripada rakan sekerjanya, yang mana rakannya itu berjangkit daripada suaminya iaitu seorang daripada kluster tabligh Masjid Sri Petaling yang dijangkiti virus berkenaan.

"Kedua-dua jururawat berkenaan bekerja di wad ortopedik di mana PPE tidak dibenarkan. Jadi, tuduhan dramatik yang kematian itu berpunca daripada kekurangan PPE dan diabaikan Kementerian Kesihatan bukan saja tidak benar malah adalah fitnah.


Loading...

"Ya, kita kehilangan petugas kesihatan tapi ia tidak seorang pun daripada mereka yang bekerja dalam wad Covid-19 di mana PPE adalah diwajibkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Jemilah berkata, kebanyakan petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 di luar hospital atau rakan melalui kontak kasual.

Katanya, beliau melihat bagaimana rakyat Malaysia berjuang menghadapi virus ini, keluarga membantu keluarga lain, perniagaan menyumbang kepada yang memerlukan dan kanak-kanak juga turut membuat PPE.

"Hal ini sangat menyayat hati dan memberi inspirasi. Jadi, kita jangan terburu-buru membuat tuduhan. Kita tidak boleh melukakan sesama sendiri berbanding menyokong sesama kita.

"Jumlah mereka yang mengkritik secara terbuka lebih sedikit dari mereka yang kuat dan mempunyai sokongan," katanya. – BHarian

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram