Food rider diraikan di Puchong



Jika sebelum ini tular berita di media sosial abang-abang food rider berganding bahu menyumbangkan makanan kepada abang-abang polis frontliners, kini giliran mereka pula diraikan.

Food rider atau penghantar makanan di sekitar Puchong Permai semalam diraikan dengan pemberian percuma topeng muka, hand sanitizer serta kit makanan.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh Pemuda Umno bersama-sama dengan Pemuda Pas, Pemuda MIC dan Pemuda MCA dalam menjiwai semangat slogan 'kita jaga kita'.


Loading...

Selain frontliner di hospital, barisan pemuda ini juga turut menghargai food rider yang turut dikategorikan sebagai barisan hadapan dalam usaha mengekalkan permintaan di sekitar kawasan Puchong.

Laporan menunjukkan permintaan penghantaran makanan melonjak lebih 30 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut seorang penghantar Grabfood, Jalie Sazali Jhony, sejak PKP berkuatkuasa pada 18 Mac, bilangan tempahan bertambah berli[at kali ganda;


Loading...

Ini semua dilakukan dari jam 9 pagi hingga 4 petang, rehat sekejap serta bersambung dari 6 petang hingga tengah malam.

Perkara yang sama dirasai penghantar Foodpanda, Muhd Hafizzulah yang menerangkan dengan contoh berbeza. Katanya peningkatan ketara waktu tempahan adalah tengahari yang mana biasa satu tempahan je ada, waktu PKP ni sampai dua tiga tempahan sekali.

Apa pun dinasihatkan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sila utamakan keselamatan, jaga jarak dan selalu basuh tangan menggunakan sabun. – Cinca



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram