![]() |
Gambar hiasan |
Seorang lelaki berang apabila ditahan sekumpulan anggota polis kerana didakwa telah melakukan satu kesalahan.
Lelaki yang menaiki motosikal itu mempertikaikan tuduhan kumpulan anggota polis yang menuduhnya melakukan kesalahan tanpa bukti yang sahih.
“Saya dah pakai helmet, face mask pun saya pakai. Encik nak saman saya lagi kenapa? Apa salah saya?
Loading...
“Saya nak pegi kedai beli belacan je. Bini saya nak masak kat rumah tu,” jelas lelaki itu.
Bagaimanapun anggota polis tersebut tetap tidak menerima alasan yang diberikan oleh lelaki itu dan terus memberikan surat saman sambil menasihatinya agar tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
“Lain kali bila mak suruh pergi sekolah, jangan ponteng. Cakap bodoh kang marah.
Loading...
“Memang yang awak pakai tu face mask. Tapi bukan face mask itu yang kerajaan suruh pakai. Faham?
“Dah balik..!” bentak anggota polis tersebut.
Lelaki itu pun terus pulang terpinga-pinga berfikir entah apa kesalahan yang telah dilakukan hingga layak disaman oleh polis tersebut. – Cinca
Please subscribe
Join our Telegram Channel