OKU pengutip tin insaf dapat tahu artis lebih susah dari dirinya



Mungkin ramai yang telah mendengar dengan nama ‘Azfar Badrul’ di laman sosial. Beliau merupakan seorang youtuber yang baru muncul kira-kira setahun yang lalu.

Menurut dari pemerhatian admin, apa yang cuba dilakukan Azfar pada awalnya adalah mungkin beliau mahu membuat channel youtube untuk review makanan di jalanan, street food seperti channel-channel youtube yang lain yang ada di pasaran.

Namun sejak akhir-akhir ini dapat dilihat direction content-content youtube-nya berubah kepada sedikit review makanan dan selebihnya kepada amal jariah seperti membantu penjaja dengan memborong makanan dan memberi sedekah.

Pada masa yang sama, Azfar juga membantu penjaja-penjaja ini dengan cara mempromosikan barang niaga mereka menerusi temubual.


Loading...

Azfar yang mengambil pendekatan tidak menunjukkan wajahnya, hanya memilih penjaja kecil-kecilan dan sememangnya layak untuk dibantu.

Apa yang menariknya, Azfar secara terus-terang tanpa berselindung memohon penonton yang melihat videonya di-youtube untuk tidak skip iklan-iklan yang keluar kerana menurutnya dari hasil iklan itulah beliau menyalurkan sedikit bantuan kepada penjaja-penjaja dan mereka yang memerlukan.

Admin pada mulanya terjumpa video rakaman Azfar yang memberi bantuan kepada seorang wanita OKU mental, Siti Naqiah Mohd Sharif di stesen minyak. Video tersebut benar-benar membuatkan admin tersentuh dan menjadi sebak.

Siti Naqiah pada ketika itu sedang berteduh kerana hari hujan dan apabila ditanya, mengapa masih berada di luar pada waktu malam dalam keadaan hujan bersama dengan tiga orang anak, beliau menjawab mahu mencari tin-tin atau botol-botol untuk dijual.


Please subscribe

Sepanjang perbualan Azfar dan Siti Naqiah yang sentiasa tersenyum, admin tidak terdengar sekalipun beliau meminta bantuan atau meminta sumbangan walaupun sebenarnya beliau sememangnya layak untuk terima.

Mungkin sekali pandang kelihatan Siti Naqiah seperti bukan OKU memandangkan sifat fizikalnya yang cukup. Tetapi hakikatnya, tiada siapa mahu mengambil beliau atau suaminya bekerja memandangkan mereka adalah OKU mental. Siti Naqiah menceritakan beliau pernah bekerja namun telah diberhentikan kerana majikannya mendapat tahu beliau adalah seorang OKU mental.

Begitu juga ceritanya dengan penjaja-penjaja lain yang tidak meminta-minta dan sentiasa berusaha mencari rezeki dengan cara tersendiri tanpa putus asa.


Loading...

Apabila melihat kebanyakan video-video yang dirakamkan, admin terkenang-kenang bagaimanakah nasib penjaja-penjaja dan mereka yang sudah dibantu oleh Azfar memandangkan negara kita sekarang dalam keadaan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan wabak Covid-19.

Mereka semua tidak dapat berniaga seperti biasa, Siti Naqiah juga tidak boleh keluar sesuka hati untuk mencari tin dan botol. Apakah ikhtiar mereka ketika ini?

Di satu ketika admin teringat pula dengan artis-artis Malaysia yang mungkin juga sedang teramat susah lagi daif sehingga terpaksa meminta RM500 hingga ke RM1,000 untuk membeli keperluan asas.

Sudah minta RM500 hingga RM1,000 untuk keperluan asas, artis minta lagi baucer pasaraya yang boleh ditukar untuk keperluan asas juga. Dua kali keperluan asas, admin pun tak faham kenapa banyak sangat keperluan asas untuk artis-artis ini.

Artis juga minta lagi bantuan khas RM1,000 selama 6 bulan! Artis-artis ni ada 20 orang anak ke di rumah tu?


Mungkin penjaja-penjaja dan Siti Naqiah jika mendengar masalah artis-artis ini pun mereka akan insaf.

Mungkin juga Azfar Badrul patut berkunjung ke rumah-rumah artis ini untuk menghulurkan bantuan. Terdesak sangat nampaknya mereka berbanding penjaja-penjaja yang untung bersih hanya RM50 sehari atau Siti Naqiah hanya RM15 selepas mengumpul tin dan botol.

Hasil dari rakaman video Azfar, dikhabarkan Siti Naqiah telah dibantu oleh pejabat ZAKAT dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas itu.

Bagi yang ingin membantu Siti Naqiah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun suaminya, Mereka ada akaun ini sahaja. Mereka boleh dihubungi di talian 011-58649289.

Mohd Faizul bin Mohd Hussein
Bank Simpanan Nasional
0890141000048065



Tindakan dan usaha Azfar patut dipuji. Semoga beliau dapat meneruskan usahanya membantu golongan yang memerlukan. Admin percaya usahanya akan menjadi contoh kepada ramai orang di luar sana untuk melakukan kebaikan yang sama.

Cuma cadangan admin untuk penambahbaikan, Azfar mungkin boleh meletakkan nombor akaun bank beserta nombor telefon yang boleh dihubungi untuk penonton yang mahu menghulurkan sumbangan terus kepada penjaja-penjaja atau mereka yang memerlukan.

Hasil tinjauan di laman Twitter, ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Azfar Badrul ini. Jadi sila kunjungi Channel Youtube Azfar Badrul beri support dengan subscribe. – Cinca




Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram