
Penyanyi Rap Caprice hari ini menjadi mangsa kecaman Pakatan Harapan (PH) selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membuat memohon maaf.
Pertemuan itu diadakan kerana sebelum ini Caprice telah memuat naik satu video menyindir Menteri Kesihatan mengenai ‘500 negara di dunia’ dan meminta beliau untuk meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, pertemuan untuk memohon maaf itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan Pakatan Harapan kerana beranggapan Caprice telah ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Loading...
Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan turut menyatakan bantahan di akaun twitter miliknya dengan mendakwa permohonan maaf itu boleh sahaja dilakukan melalui atas talian seperti yang dilakukan oleh Agong dan Perdana Menteri
“Agong pun boleh sidang video bincang hal negara dengan PM.
“Caprice tak boleh sidang video minta maaf pada Adham Baba?” soal Syahredzan sebentar tadi.
Syahredzan Johan antara beberapa orang Melayu yang mempertahankan Lim Kit Siang bila-bila sahaja dikritik oleh rakyat.
Loading...
Beliau dilantik menjadi setiausaha politik kepada individu yang dikaitkan dengan fahaman komunis itu pada tahun 2018.
Rata-rata penyokong PH mendakwa penyanyi rap itu boleh sahaja memohon maaf menerusi panggilan video dengan memberi contoh perbualan antara Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri yang diadakan secara atas talian.
Sehingga kini, di media sosial nama Caprice hangat diperkatakan selain ada di antara mereka menuntut beliau memberikan penjelasan lanjut berkenaan perkara itu selain memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. – Cinca


Join our Telegram Channel