PETALING JAYA, 17 April – Keadaan puluhan motosikal berkuasa tinggi yang tenggelam akibat banjir di sebuah kedai mengundang rasa simpati orang ramai.
Tular foto di media sosial, insiden dikatakan berlaku di Petaling Jaya, Selangor pada semalam.
Seorang pengguna media sosial memuat naik foto berkenaan mendakwa, banjir berkemungkinan berpunca daripada limpahan air sungai berdekatan.
Loading...
“ Lihatlah semua motosikal yang tenggelam!! Wow sedihnya.
“Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mesti jualan ‘kaw-kaw’,” tulis Farhan di Twitter.
Sementara itu, satu kenyataan media telah dikeluarkan pihak pengurusan kedai motosikal berkenaan yang memaklumkan situasi ketika ini adalah terkawal.
Pihak pengurusan juga menggesa orang ramai tidak menularkan maklumat salah yang mungkin akan mengelirukan orang ramai.
Loading...
“Kejadian yang baru berlaku pada petang hari ini (semalam), pasukan kami bekerja keras sepanjang masa untuk menyelesaikan masalah ini.
“Kami menyedari tragedi ini tetapi yakinlah, langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan bahawa keperluan semua pihak yang terlibat terutama pelanggan kami, dijaga.
“Oleh kerana ini adalah masa sukar bagi kita semua, kami dengan rendah hati meminta semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menyebabkan kekeliruan atau ketidakselesaan di kalangan masyarakat,” memtik kenyataan media tersebut. – Projekmm
Join our Telegram Channel