Aksi Syed Saddiq pura-pura masak bubur lambuk makan diri



AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di-troll netizen gara-gara berkongsi gambar mengacau bubur lambuk dalam periuk besar yang terletak di atas tungku tanpa api.

Dalam hantarannya di Facebook beliau semalam Syed Saqqid menyatakan bubur lambuk telah siap dan akan diedarkan kepada penduduk di Parlimen Muar.

“6,000 pek bubur lambuk siap diedarkan. 10,000 kad raya dari saya kepada orang Muo. Thank you muorians for giving me the opportunity to serve you,” kata Syed Saddiq.


Loading...

Bagaimanapun gambar Ketua Armada Bersatu yang memakai baju kurta moden dan pelitup muka sedang mengacau bubur lambuk tanpa api itu mendapat perhatian warganet.

Dalam tempoh lapan jam selepas dikongsi gambar tersebut mendapat lebih 2,000 komen dan 2,000 perkongsian.

Ruang komen turut dibanjiri dengan gambar-gambar tersebut yang di-edit dengan meletakkan imej api di bawah periuk tersebut.

Secara kreatif mereka juga meletakkan gambar watak anime popular untuk membantu menghidupkan api.


Loading...

Gambar-gambar yang diedit warganet ternyata mencuit hati Syed Saddiq. Beliau dalam hantaran yang lain memberitahu dia hanya menolong mengaulkan bubur lambuk yang telah masak itu.

“Haa ni orang dah letakkan api.

“Sebenarnya bubur lambuk tu dah siap masak. Saya tolong gaul saja. Selamat Hari Raya!,” kata Syed Saddiq.

“Saddiq suka, padahal rakyat dah benci. Orang kutuk pun dia berasa macam orang sanjung dia” kata Maimun. – SM/Cinca




Loading...





Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram