Ada yang kata, Anwar sebenarnya yang menjatuhkan Mukhriz



Mukhriz dijatuhkan kerana balas dendam?

Sejak semalam, muncul satu tanggapan bahawa Mukhriz Mahathir dijatuhkan atas percaturan PKR sendiri. Kami mendapati, tanggapan tersebut punya asas kerana peristiwa-peristiwa berikut:

1. Sejak awal pentadbiran PH di Kedah pada 2018, sudah berlaku pergolakan antara PPBM vs PKR sebaik Anwar isytihar kesediaannya mahu bertanding dalam pilihan raya kecil.

2. Pada 27 Ogos 2018, Pengerusi PKR Kedah, Johari Abdul (orang kanan Anwar) mengulangi kesediaannya mengosongkan kerusi Parlimen Sungai Petani bagi memberi laluan kepada Anwar. Johari memberi bayangan, sekiranya Anwar jadi PM, beliau akan menggantikan tempat Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah (Johari juga merupakan Adun Gurun).


Loading...

3. PPBM Kedah naik berang dengan dengan kenyataan Johari dan mempersoal sama ada PKR sedang berkomplot mahu menggulingkan Mukhriz. Bagaimanapun, Johari menafikannya.

4. Pada 12 Oktober 2018, Johari berkata beliau sedia memikul jawatan MB Kedah sekiranya Mukhriz dilantik sebagai Menteri Persekutuan (berikutan desas-desus menggantikan tempat Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri).

5. Pada 2 Jun 2019, Johari membuat kenyataan, segala masalah di Kedah akan selesai sekiranya Anwar dilantik menjadi PM. Menurutnya, beliau orang pertama yang akan mengemukakan kepada Anwar untuk penstrukturan semula Kedah agar menjadi sebuah negeri maju di Malaysia.

6. Keesokannya, kenyataan Johari itu dipertikai oleh PPBM kerana seolah-olah menggambarkan Mukhriz gagal memainkan peranannya sebagai MB Kedah.

7. Pada hujung Februari sehingga Mac 2020, ketika peralihan kuasa di peringkat persekutuan dan beberapa negeri lain sedang berlaku, Kedah masih mengekalkan status quo. Namun, jika diperhatikan, banyak hal aneh dan bercanggah telah berlaku seterusnya.


Loading...

8. Pada 5 Mac 2020, jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah telah digantikan oleh Johari selepas satu mesyuarat diadakan bersama PKR, DAP dan Amanah.

9. Keesokan harinya, Johari tampil membuat kenyataan media bahawa Pakatan Harapan kekal menyokong Mukhriz sebagai MB.

10. Namun pada 12 Mac 2020, PKR mengeluarkan surat yang ditandatangani Johari selaku Pengerusi PKR Kedah, menyatakan sokongan terhadap pelantikan Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri-PAS) sebagai calon MB bagi menggantikan Mukhriz.

11. Bagaimanapun, PKR kembali mengisytiharkan sokongan kepada Mukhriz.

12. Lihat perkembangan selanjutnya. Pada 4 Mei 2020, PKR memecat 348 anggotanya serta menggantung keanggotaan 248 yang lain sebagai tindakan memerangi kem Azmin Ali dalam parti itu.

13. Rentetan kekeruhan insiden pemecatan dan penggantungan itu, dua Adun PKR (pro Azmin) di Kedah, Robert Ling (Sidam) dan Azman Nasruddin (Lunas) mengumumkan keluar dari parti, sekaligus menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin (dan menentang Mukhriz sebagai MB Kedah).

14. Hal ini menguatkan lagi tanggapan bahawa Mukhriz dijatuhkan sendiri oleh PKR.

15. Bukankah PKR mampu pertahan Mukhriz seperti mana kedudukan status quo nya lebih dua bulan ini? Apakah PKR (baca: Anwar) tidak mampu memujuk dua Adun berkenaan, seperti mana beberapa Ahli Parlimen PKR yang sebelum ini bersama Azmin, boleh bertukar kem kepada pro Anwar? Lihat contoh Maria Chin, Xavier Jayakumar, R Sivarasah dan beberapa yang lain.

Korek Korek

ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram