Lelaki Rohingya kencing dalam kereta polis



Seorang lelaki Rohingya ditahan selepas enggan bekerjasama dan menghalang tugas anggota polis di Pahang, semalam.

Dalam kejadian itu, suspek turut menjerit ke arah anggota polis dengan kata-kata kesat selain turut bertindak agresif ketika cuba ditahan.


Loading...

"Cakap lemah lembut, namun dibalas dengan mempertikai undang-undang negara dan menjerit kepada polis. Natijahnya warganegara Myanmar (Rohingya) ditahan enggan bekerjasama dan menghalang tugas penjawat awam." coretan di halaman facebook JSJ Kontinjen Pahang.

Bagaimanpun, kejadian yang turut disaksikan orag awam itu berjaya dikawal dengan baik dan tangkapan dibuat sepertimana peruntukan seksyen 15 (2) Kanun Prosedur Jenayah.


Loading...

Suspek juga dikatakan sengaja membuang air kecil dalam kenderaan polis ketika dalam perjalanan ke balai.

"🤬..emm...dibawa naik dalam kenderaan ke Balai Polis pun sengaja kencing dalam kenderaan pasukan...sabar..sabar...kawan2....tarik nafas....hembus...tenang..." tambah JSJ Kontinjen Pahang lagi. – CempedakCheese/Cinca




Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram