Mahathir: Susah dan senang bersama DAP



PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad bertindak balas terhadap pihak yang menyebarkan rakaman audio beliau didakwa mengkritik Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP dalam satu mesyuarat PPBM sejurus sebelum kerajaan pimpinannya tumbang pada Februari lalu.

“‪Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi),” kata bekas perdana menteri itu sambil menambah klip audio itu sudah disunting.


Loading...

Katanya, beliau kekal setia kepada mereka yang bersamanya ketika pilihan raya umum pada Mei 2018.

“Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai perdana menteri Perikatan Nasional.‬

“‪Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama.”


Loading...

Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan PPBM meninggalkan gabungan itu.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin kemudiannya menubuhkan kerajaan PN dengan sokongan Barisan Nasional, PAS dan GPS. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram