Selepas Suhaimi pecat Mahathir, Marzuki pula pecat Suhaimi



KUALA LUMPUR – Selepas beberapa minit memecat Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir dan tiga orang yang lain, kini Setiausaha Kerja Parti PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya pula yang diberikan notis pemecatannya.

Notis pemecatan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Marzuki Yahya.

Walau bagaimanapun, mengikut rekod, Marzuki telah pun dipecat daripada jawatan tersebut pada 19 Mac 2020 lalu.


Loading...

Hari ini (28 Mei 2020), Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Mohammad Suhaimi Yahya melalui sepucuk surat bertarikh 28 Mei sebentar tadi.

“Melalui notis bertarikh 15 Mei 2020 YB Tun memaklumkan kedudukan kerusi YB Tun di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu.


Loading...

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 YB Tun juga telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keahlian YB Tun dalam Bersatu terhenti serta merta,” memetik kenyataan surat tersebut.

Selain Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN:






Join our Telegram Channel
Telegram