
Minggu lalu kami ada menaikkan satu artikel berkenaan kereta elektrik kompak Mini EV X2 yang tular di media sosial, dan mengesyaki ia adalah satu bentuk penipuan berdasarkan laman sesawang yang begitu mencurigakan.
Nah, ternyata telahan kami benar kerana pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi laman facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police telah memberikan amaran ia sememangnya satu bentuk penipuan.
Menurut laman sesawang ‘rasmi’ yang mendakwa sebagai pengedar untuk kereta Mini EV X2 ini di Malaysia itu, kereta tersebut akan dijual pada harga RM13,800 setelah diberikan diskaun berbanding harga asal RM18,800.
Loading...
Bukan itu sahaja, ia turut boleh dibeli dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM159.98 untuk tempoh sembilan tahun.
Dengan carian lebih mendalam, apa yang kami jumpa Mini EV X2 ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat dari China iaitu Zhejiang Today Sunshine New Energy Vehicle Industry. Di pasaran republik rakyat tersebut, kereta ini dikenali dengan nama Mine M1.
Apa yang membuatkan kami curiga terhadap laman tersebut kerana maklumat-maklumat yang dipaparkan dengan jelas hanya diubah sedikit dari satu lagi laman yang didakwa untuk pasaran Eropah dikenali dengan nama Today Sunshine M1, yang turut menyatakan bahawa kereta ini boleh “dipandu oleh semua orang” bermula dari 16 tahun dengan lesen memandu B1 walhal di Malaysia lesen untuk memandu ‘motokar’ seperti ini adalah dalam kelas ‘D’ dan bukan B1.
Loading...
Juga, tiada maklumat jelas berkenaan pihak yang boleh dihubungi untuk pembelian kereta ini termasuk nombor telefon lengkap, tetapi ada pula nombor akaun bank CIMB untuk mereka yang berminat membuat pembayaran.
Rakan kami dari Pandulaju.com.my, Abang Gan turut telah memberitahu kami bahawa dia telah merujuk ke pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui adakah kereta ini pernah memohon dan menerima sijil Vehicle Type Approval (VTA) – jawapannya tidak.
Jadi jika benar pun ia dijual di sini, kereta ini haram untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia. – Paultan
ARTIKEL BERKAITAN: Mini EV X2 – kereta elektrik hanya berharga RM13.8k
Join our Telegram Channel