Najib sindir Mahathir boleh jatuhkan Muhyiddin dengan SD, buatlah



Bekas perdana menteri Najib Razak meminta Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan senarai akuan bersumpah (SD) yang mencukupi bagi menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pemimpin PH tidak perlu membawa usul ke Parlimen tetapi memadai dengan mengemukakan SD seperti mana dilakukan Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan Menteri Besar Mukhriz Mahathir di Kedah.

"Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 SD Adun. Lalu kesemua 36 Adun disuruh menghadap Sultan Kedah hari ini.

"Kenapa PH tak buat (perkara) serupa untuk tumbangkan PM8 Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen.


Loading...

"Kumpullah sekurang-kurangnya 112 SD ahli parlimen yang baru ditandatangan minggu ini.

“Muat naik ke FB (Facebook) kesemua 112 SD jika mahu. Lalu serah pada Yang di-Pertuan Agong untuk minta tukar PM," tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hari ini, Bernama melaporkan seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah daripada PAS, Umno dan Bebas tiba di Wisma Darul Aman di Alor Setar bagi menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.

Antara yang tiba bermula 9.15 pagi tadi ialah Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri), diikuti Dr Mohd Hayati Othman (Tokai), Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas), Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).


Loading...

Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Minggu lalu, Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS, Umno dan Bersatu mendakwa memiliki majoriti untuk mengambil pentadbiran negeri Kedah daripada PH.

Di peringkat Persekutuan, Parlimen akan bersidang selama sehari pada 18 Mei ini dan hanya akan mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong saja tanpa sebarang perbahasan.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sesi Parlimen kali ini.


Bagaimanapun usul berkenaan tidak akan berjaya kerana Parlimen hanya bersidang sehari.

Bagaimanapun kata Najib secara sinis, PH jangan lagi menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung jumlah sokongan yang dimiliki.

Pada awal Mac lalu, PH mengeluarkan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa menyokong Mahathir sebagai perdana menteri kelapan selepas kejatuhan kerajaan.

"Tapi, jangan tipu Yang di-Pertuan Agong lagi ya. Awal bulan Mac lalu, PH keluarkan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa sokong PM7 jadi PM8.

Loading...

"Tapi satu-persatu ahli Parlimen nafi sehingga PM7 hilang sokongan majoriti. Kali ini, buat betul-betul jangan keluarkan senarai.

"Keluarkan 112 SD ahli Parlimen terbaru yang nyatakan dengan jelas sokongan pada PM7 untuk menjadi PM9. Apa susahnya?," sindir Najib.

Malaysia menyaksikan kemelut politik pada Feb lalu yang menyaksikan Bersatu bertindak keluar PH mengakibatkan kerajaan PH yang dipimpin Mahathir.

Susulan itu Mahathir melepaskan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh dan pada 1 Mac Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri kelapan. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram