Umno Sabah desak SPRM siasat kontrak jalan raya RM1.55 bilion

Kiri Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur, kanan Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU: Umno Sabah menggesa agensi anti-rasuah menyiasat beberapa projek penyelenggaraan jalan raya dikatakan bernilai kira-kira RM1.55 bilion yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus kepada kontraktor oleh sebuah kementerian kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Ghazalie Ansing berkata, kontrak tersebut yang bernilai dari RM325 juta ke RM500 juta setiap satu sepatutnya dianugerahkan melalui proses tender.


Loading...

“Ini salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sekali gus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas.

Ketika ditanya sama ada Umno Sabah membuat laporan kepada agensi itu, Ghazalie berkata, beliau telah menghubungi SPRM yang kini meneliti dakwaan berkenaan.

FMT telah menghubungi SPRM bagi mendapatkan respons.


Loading...

Ghazalie berkata, sekurang-kurangnya 4 syarikat diberikan kontrak tersebut, masing-masing untuk tempoh projek 5 tahun.

Beliau berkata, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) menjanjikan pentadbiran yang telus dalam manifesto pilihan raya mereka.

Beliau juga mempersoalkan peranan pegawai SPRM yang ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri apabila berlakunya perkara seumpama itu. – FMT


Ketua Penerangan Umno Sabah, Ghazalie Ansing.


Join our Telegram Channel
Telegram