Calon PM: Saya perlu masa untuk fikir – Shafie Apdal



KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal bersyukur dicalonkan sebagai perdana menteri Pakatan Harapan, tetapi beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkannya.

Presiden Warisan itu berkata, beliau perlu berbincang dengan pemimpin tertinggi partinya, tetapi akan membuat keputusan sebelum Parlimen bersidang semula bulan depan.

Loading...

“Saya sangat bersyukur ia datang daripada Dr Mahathir Mohamad, pemimpin terkenal di dunia mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.

“Itu satu cadangan yang saya perlu teliti secara mendalam dan saya belum bincang dengan Timbalan Presiden Warisan (Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Yusof Yacob).

Loading...

“Ini satu cabaran besar untuk saya, tapi saya akan melihat ini secara serius. Beri saya sedikit masa, ia tidak akan mengambil masa lama,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu yang tidak pernah menjangkakan diri akan dicalonkan berkata, beliau memerlukan sedikit masa kerana ada isu lain di Sabah yang perlu diselesaikannya.

BERITA LANJUT MENYUSUL – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram