TERKINI: Saya tak pernah mungkir janji – Dr M



Dr Mahathir Mohamad, 95, kini berusaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi dalam langkah mengambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ia menyebabkan perselisihan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

Sejak dua hari lalu, pelbagai kenyataan terbuka oleh pemimpin PH mendedahkan bahawa Mahathir mencadangkan agar diberi tempoh memegang jawatan perdana menteri selama enam hingga 12 bulan sekiranya mereka berjaya mengambil alih kerajaan.


Loading...

Namun, ada keraguan terhadap Mahathir untuk melepaskan jawatan itu mengikut tempoh yang ditetapkan, sekiranya PH dan sekutu mereka berjaya membentuk kerajaan baru.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Mahathir memberi jaminan bahawa beliau sentiasa menunaikan janjinya,

"Kalau sampai masa saya janji, saya akan tunaikan janji.


Loading...

"Boleh semak saya punya kelakuan sejak saya jadi perdana menteri bahkan sebelum itu, saya tak pernah mungkir janji," katanya.

Sebagai contoh, Mahathir berkata beliau menepati janjinya untuk mengundurkan diri pada tahun 2002, yang memungkinkan peralihan kuasa yang lancar setelah 22 tahun menerajui pentadbiran.

"Pada masa itu, (Lim) Kit Siang berkata saya tak mungkin letak jawatan. Ini semua sandiwara. Tapi seperti mana yang kita tahu, sampai masa yang cukup, saya letak jawatan. Saya tak pernah mungkir janji. Tunjuk di mana saya mungkir janji?" katanya. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram