TERKINI: Michael Ubu ditahan SPRM, direman esok



KOTA KINABALU: Peguam dikehendaki Michael Persius Ubu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berhubung kes urusan pembelian tanah ladang sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod, Sandakan, Sabah.

Penahanan Michael Ubu merupakan tindakan proaktif SPRM memburunya sejak 3 Jun lalu selepas dikenal pasti kembali ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 29 April dan disembunyikan dari pengetahuan pihak berkuasa.

Sumber SPRM berkata permohonan perintah reman terhadap Michael Ubu ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu akan dibuat esok.

"Michael berusia 63 tahun ditahan SPRM Sabah pada jam 1.30 tengahari tadi.

Loading...

"Suspek akan didakwa di mahkamah pada isnin depan bersama seorang lagi individu lain”. katanya.

Pada tahun 2018 Peter Anthony direman kes tanah RISDA namun Michael Persius Ubu hilang tidak dapat dikesan.

Penahanan Michael Ubu akan menjawab semua persoalan kes RISDA melibatkan Datuk Peter Anthony ketika itu.

Ini termasuk pertuduhan terhadap Peter melibatkan pemindahan wang wang RM1.75 juta daripada akaun bank milik syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke akaun bank syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd, di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air Kota Kinabalu.

Loading...

Begitu juga RM900,000  hasil daripada aktiviti haram dari akaun syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke dalam  akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Peter pada 5 Sept 2014 dan 7 Dis 2015.

Turut dikenal pasti Peter menerima wang tunai RM4.1 juta, hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di lokasi sama antara 20 Nov 2015 dan 18 Jan 2016.

Semalam Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dituduh di Mahkamah Khas Rasuah atas lima pertuduhan membabitkan dana RM8.75 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Peter berdepan lima pertuduhan, iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Peter dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin tempatan.

Peter diwakili beberapa peguamnya iaitu, Luke Ressa Balang, Martin Tommy, Cedric Choo dan Datuk Douglas Lim. – Sabahkini2

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram